Microsoft Payments bakal pencabar kepada Apple Pay
Microsoft bakal melancarkan sistem pembayaran mudahalih, Microsoft Payments tidak lama lagi di Amerika Syarikat. Telefon pintar Windows 10 bakal dilengkapi kebolehan pembayaran .NFC .
Lesen diperlukan bagi membolehkan syarikat ini melancarkan dan menjalankan operasinya di Amerika Syarikat dan salah satu negeri iaitu Indiana dilaporkan telah meluluskan lesen permohonan Microsoft. Menurut dokumen yang diperolehi , sistem ini dinamakan sebagai Microsoft Payments.
Dengan Windows 10 untuk telefon pintar, Microsoft mempunyai tapak atau medium untuk melancarkan sistem pembayaran mudah-alih nya sendiri.
Dengan Windows 10 untuk telefon pintar, Microsoft mempunyai tapak atau medium untuk melancarkan sistem pembayaran mudah-alih nya sendiri.
Apple Pay dan Google Wallet telah menguasai sebahagian dari pasaran pembayaran mudahalih, namun sistem mereka masih belum mencapai tahap mesra pengguna yang dimahukan pengguna dan peniaga.
Dengan pengaruh besar Microsoft dalam bidang pengkomputeran perniagaan, ia dijangka bakal memberikan impak yang besar dalam pasaran pembayaran mudahalih.
0 comments:
Post a Comment