Thursday, April 2, 2015

HTC One M8S turut diperkenalkan HTC


Selepas HTC One E9 Plus diperkenalkan , hari ini HTC secara rasminya memperkenalkan satu lagi gajet baru mereka yang diberi nama HTC One M8s. HTC One M8s mempunyai rekaan seperti One M8 asal, tetapi dengan beberapa perubahan spesifikasi padanya.

HTC One M8s menggunakan prosesor Snapdragon 615 64 bit, serta kamera belakang 13 megapixel dengan HTC Duo Camera. Untuk bateri ia menggunakan bateri 2840 mAh,

Ia turut dilengkapi dengan GUI HTC Sense 6 seperti pada One M8 asal tetapi menggunakan Android 5.0 Lollipop. Kamera hadapannya pula ialah 5 megapixel.


Antara ciri-ciri lain yang menarik ialah adanya HTC BoomSound,

Tidak diketahui lagi sama ada model HTC One M8s ini akan dilancarkan pada peringkat global atau terhad untuk pasaran Eropah sahaja.

Di UK, HTC menjual gajet ini pada harga RM 2075 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates