Thursday, April 2, 2015

Harga penjualan IPhone dan IPad naik di M'sia kerana GST



Dengan pelaksanaan GST bermula hari ini atau secara tepatnya dari pukul 12.00 tengah malam tadi, Apple menjadi syarikat pertama yang menaikkan harga kesemua produk mereka dengan harga terbaru termasuk cukai GST sebanyak 6%.

Harga iPhone 6 kini bermula dari RM 2707 bagi versi 16GB, RM 3126 bagi versi 64GB dan RM 3550 bagi versi 128GB. Kesemua iPhone 6 , 6 Plus dan iPhone 5s telah dinaikkan RM 200 baru-baru ini kerana kelemahan mata wang ringgit dan kini, dengan tambahan cukai 6%, harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus berada pada tahap paling tinggi sejak ianya mula memasuki pasaran Malaysia.


Harga iPhone 6 Plus pula kini bermula dari RM 3126 bagi versi 16GB, RM 3550 bagi versi 64GB dan RM 3974 bagi versi 128GB.

Harga bagi tablet Apple iPad juga tidak ketinggalan didalam cukai GST 6% namun peningkatan keseluruhan bagi tablet ini tidak seperti peningkatan bagi iPhone.



Appe iPad Air 2, iPad Mini 3, iPad Mini 2 dan iPad Mini generasi pertama juga telah dinaikkan harga. Berikut adalah senarai harga lengkap bagi kesemua tablet Apple iPad.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates