Friday, March 27, 2015

Huawei Honor 4X dijual dengan harga RM699


Huawei Honor 4X akan dipasarkan di Malaysia bermula 1 April 2015 . Pada mulanya ia dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 410, tetapi yang dibawa masuk ke Malaysia dilengkapi pemproses 64 bit octa core Huawei, Kirin 620 disokong 2GB RAM. 

Ia turut dilengkapi dengan skrin 720p berukuran 5.5 inci, 8GB ruang storan dengan sokongan kad MicrosSD, kamera utama BSI 13MP dan kamera hadapan 5MP manakala baterinya berkapasiti 3,000mAh. Ini meletakkannya di antara telefon pintar Honor 6 dan Honor 3C.


Ia mempunyai ukuran 8.65mm tebal dan mempunyai berat 170g manakala dipasang dengan versi Android 4.4 Kitkat yang disokong antaramuka EMUI 3.0. Menariknya, telefon pintar ini menyokong 2 kad SIM dan rangkaian 4G LTE.


Model ini dijual pada harga mampu milik untuk semua rakyat Malaysia iaitu RM699 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates