Friday, March 27, 2015

ZTE perkenalkan Nubia Z9 Max dan Nubia Z9 Mini


Nubia baru sahaja mengumumkan dua gajet terbaru mereka iaitu ZTE Nubia Z9 Max dan juga ZTE Nubia Z9 Mini.

Dari segi spesifikasi, ZTE Nubia Z9 Max dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB serta bateri berkapasiti 2900mAh. ZTE Nubia Z9 Max dilengkapi dengan rekaan kerangka kaca pada bahagian belakang.


Sementara ZTE Nubia Z9 Mini membawakan spesifikasi pertengahan dan mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa mereka menggunakan nama “mini”. ZTE Nubia Z9 Mini dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, serta bateri berkapasiti 2900mAh.

Kedua-dua gajet  ini dilengkapi dengan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Kedua-duanya juga turut membawakan bingkai berasaskan logam dalam memberikan pengalaman peranti premium melaluinya.


ZTE turut melengkapkan ia dengan antaramuka khusus daripada mereka, selain kedua-dua peranti ini turut hadir dengan sokongan rakaman video 4K, dan turut dilengkapi sokongan rangkaian LTE.

ZTE Nubia Z9 Max akan dijual pada harga RM1480 , sementara ZTE Nubia Z9 Mini pula akan dijual pada harga RM880. 

Tarikh penawaran untuk pasaran Malayia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates