Tuesday, March 24, 2015

Lumia 532 mula dijual di Malaysia pada 27 Mac 2015


Microsoft Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penjualan gajet ini di pasaran Malaysia, 

Antara spesifikasi Lumia 532 ialah skrin 4 inci WVGA, cip pemprosesan Snapdragon 200 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan VGA, memori sebanyak 1GB RAM, dan ruangan storan terbina 8GB.

Ia mererupakan gajet mampu milik menggunakan OS Windows Phone, dan mengggunakan dual sim. Microsoft turut melengkapkan pelnagai penawaran tambahan untuk peranti Windows Phone ini, termasuk ruangan storan percuma melalui OneDrive, aplikasi Office, dan juga Skype.


Ia bakal dijual dalam pilihan warna hijau, jingga, putih dan juga hitam. Microsoft turut bekerjasama dengan AirAsia untuk pelancaran gajet ini, dimana untuk tempoh terhad sehingga 30 April 2015 sahaja.

Pembeli awal ini bakal menerima AirAsia Big Points sebanyak 5000 mata dan boleh digunakan untuk mendapatkan tiket pulang dari Singapura, Krabi dan sebagainya secara percuma.

Harga gajet ini ialah RM379.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates