Wednesday, March 18, 2015

Windows 10 bakal dilancarkan antara Jun atau Ogos 2015


Microsft mengumumkan Windows 10 bakal dilancarkan pada pertengahan kedua 2015 ini – sekitar bulan Jun ke Ogos, dan ditawarkan serentak di lebih 190 buah negara, dalam lebih 111 pilihan bahasa.

Seperti semua sedia maklum, Windows 10 akan ditawarkan dalam bentuk kemaskini percuma kepada pengguna Windows 7, dan Windows 8 sedia ada – selain turut ditawarkan untuk pelbagai jenis saiz skrin, dari telefon sehingga ke televisyen.

Microsoft turut mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat di China, termasuk mengatakan beberapa pengguna di komuniti Xiaomi akan terpilih untuk mencuba Windows 10 Technical Preview terlebih dahulu sebelum yang lain.

Microsoft turut mengatakan Cortana akan ditawarkan dalam sokongan bahasa Mandarin, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut mengenai sokongan Cortana untuk pengguna di negara-negara lain termasuk di Malaysia.

Pada perkongsian sama, Microsoft turut menekankan Windows 10 juga turut boleh digunakan pada sejumlah peranti berhubung, dan ia akan ditawarkan secara percuma ketika pelancaran sistem operasi baru Microsoft ini kelak.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates