Tuesday, March 17, 2015

Gionee Elife S7 diperkenalkan


Gionee telah mengumumkan produk telefon pintar terbaru mereka iaitu Elife S7. Telefon ini merupakan telefon paling nipis di dunia dan hadir dalam rekaan yang kukuh dan mereka turut mengatakan tidak akan bengkok seperti iPhone 6.

Gionee merupakan syarikat phone China yang agak kurang popular di Malaysia . Dengan rekaan yang nipis dan ringan pengguna biasanya risau akan cengkaman dan takut telefon pintar terlepas dari pegangan tangan namun selepas memegangnya kami rasakan cengkaman yang diberikan agak bagus. Telefon yang buat masa ini ternipis di dunia ini mempunyai ketebalan 5.5mm.


Dari segi spesifikasi ia membawakan paparan skrin bersaiz 5.2-inci 1920 x 1080 Super AMOLED, cip pemprosesan MediaTek 1.7GHz lapan-teras 64-bit, memori sebanyak 2GB RAM dan kapasiti storan sebesar 16 dan pengguna tidak boleh menambah kapasiti storan kerana tiada slot mikro-SD.

Ia juga beroperasi menggunakan Android Lollipop. Dari segi kapasiti bateri, ia mempunyai bateri berkapasiti 2,750 mAh. Untuk kamera, ia mempunyai kamera utama 13 MP dari Sony dan kamera hadapan 8MP serta mempunyai slot dwi-sim.

Telefon ini juga mempunyai badan berkilat dibelakang dan Corning Gorilla Glass 3 telah digunakan untuk bahagian belakang dan hadapan telefon ini.


Dari segi kelajuan, telefon pintar ini agak responsif dan tiada sebarang petanda lengah masa yang kelihatan. Paparannya juga cantik dan kemasan badannya juga tampak premium dan tidak nampak murah.

Apa yang paling mengagumkan adalah kenipisan telefon pintar ini. Antara fungsi yang disertakan pada telefon ini adalah fungsi Fake Call yang mana sesuai sekiranya anda ingin lari daripada sesuatu perkara.

Ringkasan spesifikasinya :

- Skrin 5.2-inci 1920×1080
- Pemproses MediaTek 1.7GHz Octa-core 64-bit
- Memori 2 GB RAM
- Storan 16 GB + TIADA mikro-SD
- Kamera Utama / Depan 13MP Sony / 8MP
- Sistem Operasi Android Lollipop
- Bateri 2,750 mAh


Gionee Elife S7 diumumkan untuk dijual pada harga RM1594 untuk pasaran Eropah. Gionee juga pada acara pengumumannya terdahulu turut menyatakan yang mereka akan memasarkan telefon ini ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.


Dengan penawaran Gionee untuk pasaran tempatan nampaknya kita bakal dapat melihat banyak tawaran telefon pintar yang tersedia dari pengeluar-pengeluar dari China.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates