Wednesday, March 18, 2015

Samsung perkenalkan keluarga tablet baru iaitu Galaxy Tab A


Galaxy Tab A tampil dengan dua saiz 8inci dan juga 9.7 inci. Kedua-duanya juga turut membawakan nisbah paparan 4:3 yang mana amat sesuai untuk bacaan dokumen.

Yang agak mendukacitakan memandangkan Samsung tidak menggunakan elemen rekaan yang sama seperti pada telefon Galaxy A sebelum ini.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Tab A dilengkapi dengan cip pemprosesan Cortex-A53 pada kelajuan 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan hadir dengan ruangan storan 16GB. Samsung turut melengkapkan tablet ini dengan sokongan rangkaian 4G untuk akses internet yang pantas.


Berbeza dengan variasi 8-inci, untuk versi 9.7-inci, Samsung melengkapkan ia dengan dwi-speaker padanya untuk bunyi yang lebih kuat – tetapi ia tidak menawarkan bunyi stereo seperti pada beberapa peranti lain.

Galaxy Tab A dilengkapi dengan Android 5.0 Lollipop serta menggunakan GUI khusus TouchWiz. Samsung dijangka akan menjualnya di Russia bermula bulan hadapan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates