Wednesday, March 18, 2015

Berita baik untuk pengguna cetak rompak OS Windows


Berita baik kepada yang menggunakan OS cetak rompak Windows di seluruh dunia. Microsoft tidak akan menghukum anda sekiranya anda pengguna sistem operasi mereka secara cetak rompak.

Pengguna Windows 8.1 dan 7 boleh update percuma ke Windows 10 ,  apabila Windows 10 dilancarkan walaupun mereka menggunakan OS cetak rompak sekarang .

Logiknya tindakan Microsoft ini ialah untuk menyatukan dan memusatkan penggunaan OS Windows di seluruh dunia , menggunakan Windows 10 sahaja .

Dengan penggunaan satu sistem operasi secara menyeluruh ianya juga menjimatkan kerja yang perlu dilakukan oleh Microsoft untuk memperbaiki masalah berbanding  dengan apa yang berlaku sekarang kerana ada banyak OS yang perlu ditangani .

Bila semua pengguna mereka menggunakan satu OS sahaja iaitu Windows 10 , maka mudahlah pihak Microsoft menumpukan pada pembangunan satu OS sahaja , berbeza dengan apa yang dihadapi oleh mereka sekarang


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates