Tuesday, March 24, 2015

Jualan gajet di M'sia dijangka menurun untuk 6 bulan akan datang kerana GST


GST akan dimulakan 1 April 2015 . Pengeluar gajet juga turut telah mula bersedia untuknya dengan ada yang telah mula meningkatkan harga jualan gajet mereka.

Berkaitan GST, hari ini pihak PIKOM mengatakan mereka menyasarkan GST akan memberikan impak kepada dunia ICT, terutamanya yang melibatkan jualan peranti dan gajet. Seperti ramai sedia maklum, beberapa produk teknologi pada hari ini tidak dikenakan sebarang caj cukai, dan pengenalan GST 6% akan meningkatkan harga jualan untuk peranti, perisian, serta perkhidmatan dalam arena teknologi ini.

Dalam tempoh masa enam bulan akan datang, GST akan membuatkan jumlah jualan telefon pintar, PC, komputer riba, pencetak dan beberapa peranti lain mengalami penurunan berbanding kebiasaan. Perkara sama juga dikatakan akan memberikan impak terhadap syarikat-syarikat kecil, serta memberikan kesan penurunan sehingga 30% dalam pasaran.

Bagi syarikat besar pula , ia dikatakan mungkin tidak memberikan kesan yang besar, dan PIKOM masih menyasarkan sektor ICT Malaysia bakal menjana sehingga RM95 bilion menjelang tahun 2017 kelak.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates