Saturday, March 21, 2015

Huawei Mediapad X2 dual sim dilancarkan


Huawei Mediapad X2 merupakan tablet bersaiz pertengahan, membawakan skrin sebesar 7 inci dengan resolusi 1920 x 1200 323ppi, cip pemprosesan 2.0 GHz Kirin 930 lapan-teras 64-bit dengan GPU Mali-T628 64-bit. 

Tablet ini juga dilengkapi kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP dengan aperture f2.4 dan berupaya menghasilkan gambar selfie yang baik.

Tablet ini mempunyai bateri yang kapasiti yang agak besar, iaitu 5,000 mAh dan beroperasi pada platform Android Lollipop. Bagi kapasiti storan dan memori RAM, terdapat dua variasi yang berbeza mengikut warna, dimana pada versi biasa berwarna perak, ia mempunyai kapasiti storan 16GB dan 2GB RAM.

Variasi dengan spesifikasi tinggi berwarna emas dengan kapasiti storan 32GB dan 3GB RAM. Ia juga turut boleh dimuatkan dengan dua kad SIM 4G LTE.
Buat masa ini, harganya telah diumumkan di dua negara namun membawakan harga yang berbeza. 

Di Jerman versi 16GB dengan memori 2GB RAM dijual pada harga RM1396 dan versi 32GB dengan memori 3GB RAM dijual pada harga RM1595. 

Di Itali, versi 16GB tersebut dijual pada harga RM1595 .

Berkemungkinan untuk pasaran tempatan ia akan dijual pada harga berlainan sama-sekali dari kedua negara ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates