Wednesday, October 22, 2014

OS Terbaru Android Iaitu Android 5 Lolipop Dilancarkan Secara Rasmi


Ia dikenali dengan  pelancaran terbesar paling hebat pada Android .

Google telah memperkenalkan banyak fungsi menarik pada Android 5.0 Lolipop ini .

OS Android terbaru ini menampilkan Material Design UI yang dibangunkan Google yang memanggilnya satu pengalaman konsisten pada pelbagai gajet .

Ia mesra pengguna dan lebih berwarna-warni dengan pelbagai transisi dan ciri-ciri baru.

Selain itu penambahbaikan yang dibuat termasuk setting yang boleh diubah mengikut citarasa sendiri yang hanya membenarkan notifikasi dan orang tertentu sahaja dipaparkan.

Google juga telah memasukan fungsi penjimatan bateri yang didakwa boleh menambah sehingga 90 minit pada jangka hayat bateri berbanding sekarang ini .

Ia bakal dinikmati oleh model yang boleh menggunakannya dalam masa beberapa minggu lagi .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates