Wednesday, October 22, 2014

Harga Penjualan Xiaomi Mi 4 Bakal Diturunkan ?


Mungkin ia satu khabar gembira bagi semua penggemar Xiaomi , jika berita ini benar .

Model ini telah dijual di China sejak Ogos 2014 dan bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi .

Jika semasa pelancarannya dahulu , harga model ini dikatakan akan dijual sekitar RM1100 hingga RM1350 , harganya dikatakan akan diturunkan bila ia memasuki pasaran Malaysia nanti.

Dikhabarkan harganya nanti ialah serendah RM957 sahaja bila mula dijual di Malaysia .

Apa pun , kita sama-sama tunggu sahaja bila model ini dijual nanti di Malaysia untuk melihat sama ada betul atau tidak harganya akan diturunkan .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates