Asus Zenfone 6 Versi Baru Mula Dijual di Malaysia
Ini ialah versi kedua Asus Zenfone 6 .
Zenfone 6 yang asal telah sedikit didowngradekan, mungkin untuk menjualnya dengan harga yang lebih murah dan kompetitif , supaya lebih ramai orang boleh memilikkinya , mungkin .
Antara spesifikasi versi terbaru Zenfone 6 ini ialah :
- skrin 6 inci , resolusi 1280×720 pixel
- prosesor Intel Atom Z2560 1.6GHz
- 2 GB RAM
- kamera belakang 13 megapixel dengan PixelMaster
- dual SIM
Versi terbaru Zenfone 6 ini dikenali dengan kod produk A601CG .
Perbezaan paling besar dengan model asal sebelum ini ialah prosesor nya .
Model ini menggunakan prosesor Intel Atom Z2560 1.6GHz , berbeza dengan model sebelum ini yang dijanakan oleh prosesor Intel Atom Z2580 2.0Ghz .
Yang penting , ia boleh dijual pada harga yang lebih murah dari versi asal .
Asus Zenfone 6 versi baru ini dijual pada harga RM699 sahaja .
Versi asal sebelum ini dijual pada harga RM899 .
Perbezaan RM200 disitu nampaknya .
Jadi pada peminat Asus , boleh mendapatkannya di pengedar Asus berdekatan anda .
0 comments:
Post a Comment