Friday, September 19, 2014

Asus Transformer Book Flip Mula Dijual di Malaysia


Asus Transformer Book Flip telah mula dijual di Malaysia .

Ia sebuah laptop yang dijana oleh Windows 8.1 dan boleh digunakan dalam pelbagai mod penggunaan.

Ia boleh bertindak sebagai tablet dan juga laptop biasa, terpulang kepada keperluan penggunanya.


Model ini dijual di Malaysia dalam dua saiz berbeza iaitu 13.3 inci dan juga 15.6 inci ,

Berikut ialah antara ringkasan spesifikasinya :

- skrin 13.3 inci / 15.6 inci
- prosesor Intel Core i3 / Intel Core i5 / Intel Core i7
- kad grafik GE Force GT840-M 2GB DDR3
- OS Windows 8.1

Model yang menggunakan Core i3 bersaiz 13.3 inci .


Untuk model dengan skrin 15.6 inci pula menggunakan sama ada prosesor Core i5 atau Core i7 .

Laptop ini turut ada fungsi Asus WebStorage serta audio Asus SonicMaster.


Berikut ialah senarai harganya mengikut perbezaan prosesor dan skrinnya :

- Core i3 RM1699 (skrin 13.3 inci) 
- Core i5 RM2599 (skrin 15.6 inci)
-Core i7 RM2899 (skrin 15.6 inci)


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates