Thursday, September 4, 2014

Sony Pula Lancarkan Xperia Z3


Persaingan nampak semakin sengit dikalangan pengeluar smart phone dunia .

Kerancakkan ini ditambah dengan bakal pelancaran iPhone 6 pada 9 September ini .

Pengeluar lain bersaing melancarkan model terbaru 'high-end' mereka .

Antaranya ialah Sony .

Sony telah melancarkan secara rasmi model terbaru mereka iaitu Sony Xperia Z3 .

Antara spesifikasinya ialah :
- skrin 5.2 inci
- prosesor Qualcomm Snapdragon 801 2.5 GHz
- 3GB RAM
- kamera belakang 20.7 mega pixel , kamera hadapan 2.2 mega pixel
- OS Android KitKat v4.4.4
- bateri 3100 mAh


Memang ini ialah sebuah model high-end Sony , bertujuan menyaingi iPhone 6 yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan .

Model Xperia Z3 ini lebih ringan dan lebih nipis dari model sebelumnya iaitu Xperia Z2 .


Akan dijual dalam pelbagai warna pilihan iaitu hijau cerah , tembaga , putih dan hitam .

Belum diketahui bila akan dipasarkan di Malaysia dan berapa harganya nanti .

Bagi penggemar model Sony XPeria Z , ia ialah sebuah model wajib milik .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates