Friday, September 5, 2014

Lenovo S850 Kini Dijual di Malaysia


Secara rasminya Lenovo S850 telah dijual di Malaysia .

Lenovo S850 mempunyai reka bentuk berasakan gelas yang menarik  .

Sesuai bagi golongan muda dan pertengahan yang menjadikan smart phone sebagai fesyen atau style dalam hidup mereka .

Ia sebenarnya telah dipasarkan mulai Julai 2014 lalu ke pasaran dunia lain tetapi hanya mula dijual di Malaysia secara rasmi mulai semalam .


Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 5 inci IPS 720p 
- prosesor quad core Mediatek MT6582 1.3GHz
- 1GB RAM
- kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan ‘selfie’ 5 mega pixel
- bateri 2150 mAh 
- dual SIM (micro SIM)
- OS Android JellyBean

Dari segi specs , ia nampak sebagai sebuah telefon model pertengahan .

Dijual dalam tiga warna iaitu putih, biru gelap dan merah jambu .


Harga jualannya ialah RM729 .

Bagi penjualan 1000 unit pertama model ini , Lenovo Malaysia akan mendermakan RM10 bagi setiap unit yang dijual kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates