Friday, September 5, 2014

Panasonic Hasilkan Tablet Android Paling Tahan Lasak di Dunia


Panasonic telah menghasilkan tablet tahan lasak pula untuk kegunaan mereka yang terlibat dalam industri. yang lasak seperti perlombongan atau yang terdedah kepada cuaca yang ekstreme .

Model ini diberi nama Panasonic Toughpad FZ X1 .

Ia ialah sebuah tablet Android yang sangat tahan lasak


Berikut ialah antara spesifikasinya :


- skrin 5 inci
- prosesor quad core Snapdragon 600 1.7 GHZ
- 2 GB RAM
- kamera belakang 8 mega pixel , kamera hadapan 1.3 mega pixel

Cuma agak sedikit pelik ia dipanggil tablet walaupun saiznya hanya 5 inci .

Biasanya bagi pasaran biasa , gajet yang berukuran 7 inci ke atas sahaja dipanggil tablet .


Mungkin kerana ia melibatkan penggunaan ekstreme menyebabkan ia berada dalam kelas yang berbeza .

Badan tablet ini disaluti kerangka tahan lasak yang diperbuat daripada getah.

Ia mampu menahan hentakan sekiranya jatuh dari ketinggian 3 meter.

Ianya juga kalis air dan debu dengan tahap ketahanan IP 68 , setanding dengan Tablet Compact Xperia Z3 .

Harga jualan Panasonic Toughpad FZ X1 ini ialah RM5709 .

Mesti ramai yang menyatakan harganya sangat mahal bagi pengguna biasa .


Ini ialah kerana tablet ini bukan untuk pengguna biasa dan semestinya harga memang luar biasa .

Puncanya kegunaannya dalam persekitaran yang ekstreme seperti di kutub utara atau selatan , di kawasan perlombongan minyak dan lain-lain persekitaran yang ekstreme .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates