Friday, September 5, 2014

Facebook Perkenalkan 'Privacy Checkup' Untuk Tujuan Keselamatan Pengguna


Semalam Facebook telah perkenalkan fungsi terbaru mereka yang dipanggil Privacy Checkup.

Pengguna boleh mengawal apa yang dikongsikan mereka dan dengan siapa yang mereka kongsikan sesuatu itu .

Fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam beberapa hari lagi. 


Selain itu pengguna juga boleh memantau apps mana yang mempunyai akses kepada akaun pengguna berkenaan .

Pengguna boleh membuang akses apps yang tidak dikehendaki melalui fungsi Privacy Checkup ini.

Ia juga membolehkan pengguna menetapkan data informasi peribadi manakah yang akan diperlihatkan kepada umum , kepada rakan-rakan mereka dan sebagainya .

Fungsi ini memang dinantikan kerana ia melibatkan keselamatan pengguna yang melayari Facebook .

Bila pengguna boleh mengawal apa yang patut dikongsikan secara umum dan apa yang hanya dikongsi dengan teman terdekat , ia akan jadi lebih selamat dan menarik .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates