Saturday, September 27, 2014

Meizu MX 4 Telah Boleh Ditempah


Meizu tekah melancarkan model Meizu MX 4 baru-baru ini .

Ia merupakan sebuah smart phone high-end daripada  Meizu , satu lagi pengeluar phone dari China .

Ia boleh didapati di dalam masa 2-3 minggu lagi.


Bagi yang tidak sabar , telah boleh menempahnya di Ipmart Malaysia .

Boleh klik dibawah untuk menempahnya :

Model ini akan dijual dalam 2 versi iaitu versi 16GB dan 32GB .

Terdapat 3 warna  pilihan iaitu putih, emas dan kelabu..


Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 5.36 inci IPS
- prosesor octa core ( quad core Cortex-A17 core @ 2.2GHz danquad core Cortex-A7 core @ 1.7GHz) 
- 2 GB RAM
- kamera belakang 20.7 mega pixel Sony Exmor RS , kamera hadapan 2 mega pixel
- Android 4.4 KitKat
- ada LTE
- bateri 3100 mAh

Mengikut dakwaan Meizu , skrin yang digunakan pada model ini ialah yang pertama didalam industri telefon pintar yang menggabungkan 3 ciri utama, iaitu ‘1100:1 contrast’, ‘500cd/m2 brightness’ dan ‘85% NTSC color gamut’ dengan kepadatan piksel mencecah 418ppi.

Skrin nya juga dilindungi  Gorilla Glass 3.

Kamera belakang MX4 juga mampu merakam video 4K .

Reka bentuk MX4 dengan badan aluminium-magnesium aloi dan ia sangat ringan , nipis  dan stylish.


Ada 2 versi model ini , jadi ada 2 harga berbeza :

- Model 16 GB Meizu MX4 dijual dengan harga RM 1299
- Model 32 GB Meizu MX4 dijual dengan harga RM 1399


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates