Thursday, September 25, 2014

Drone Facebook Mula Beroperasi Pada 2015


Bila disebut drone , pasti ramai akan membayangkan ia digunakan dalam peperangan atau bidang ketenteraan .

Bayangkan teknologi ini seperti sebilah pisau , TERPULANG PADA PENGGUNA itu sendiri mahu menggunakannya ke arah kebaikan atau kejahatan .

Hasil inisiatif untuk berbuat kebaikan , Facebook akan melancarkan drone mereka sendiri yang dinamakan Drone Facebook untuk memberi liputan internet pada pengguna dunia yang kurang berkemampuan atau tidak bernasib baik .

Projek Drone Facebook ini akan dimulakan pada tahun hadapan iaitu 2015 .

Sasaran projek ini ialah untuk memberi capaian internet kepada 15% penduduk dunia yang tidak mendapat kemudahan ini.

Pengarah Kejuruteraan Makmal Rangkaian Facebook , Yael Maguire telah memberi lebih banyak butiran mengenai bagaimana rancangannya untuk menerbangkan pesawat tanpa pemandu atau drone yang akan terbang mengelilingi bumi pada ketinggian 90,000 kaki di udara . 


Tambahnya lagi , Drone Facebook ini bersaiz lebih kurang sama dengan pesawat komersial seperti Boeing 747 tetapi jauh lebih ringan .

Drone ini akan menggunakan tenaga solar dan akan terbang lebih tinggi dari awan membolehkan ia mengelak cuaca buruk dan menyasarkan 21 negara di Amerika Latin, Afrika dan Asia.

Setelah drone ini terbang , ia akan kekal terbang di udara selama 7 bulan , bagi setiap kali sesi penerbangan .


Ia bukannya satu usaha yang mudah kerana rekod sebelum ini , pesawat yang tidak ada pilot hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja di udara.

Menurut Maguire lagi , Facebook merancang untuk melancarkan drone ini hanya pada tahun 2015 kerana sekarang mereka sedang pesat menguji drone ini di satu lokasi rahsia di Amerika Syarikat 

Dalam dua atau tiga tahun akan datang , Facebook merancang menerbangkan drone yang akan membawa peralatan pemancar internet wireless sepenuhnya dan akan menjadi seolah-olah 'satelit diudara yang memancarkan connection internet' .

Diharap projek ini akan berjaya dilancarkan dan tidak dimanipulasi untuk tujuan pengintipan pula .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates