Wednesday, September 10, 2014

IPhone 6 Plus Turut Dilancarkan Semalam


Selain iPhone 6 yang berukuran 4.7 inci , Apple nampaknya menunaikan janji untuk melancarkan phablet mereka iaitu iPhone 6 Plus .

Antara spesifikasi iPhone 6 Plus ialah :

- skrin 5.5 inci 1080 x 1920 pixels (retina display)
- prosesor Dual core 1.4 GHz Cyclone
- 1 GB RAM

- storan dalaman dalam pilihan 16/64/128 GB
- kamera belakang 8 mega pixel dual-LED (dual tone) flash
- kamera hadapan 1.2 mega pixel 720p HDR

- OS iOS 8
- bateri 1810 mAh

Reka bentuk luarannya juga mempunyai sisi bulat berbanding sisi petak yang terdapat pada iPhone 5S sebelum ini.


Gajet ini dijana denga prosesor terbaru Apple iaitu Apple A8 .

Prosesor ini dikatakan sangat efisyen dan menjadikan tugas prosesor 25% lebih pantas .

Untuk render grafik pula , prosesor ini merender grafik 50% lebih laju dari prosesor iPhone sebelum ini .

Jadi iPhone6 sangat sesuai dan pantas bila memainkan game terbaru tanpa lag atau hang .

Memandangkan iPhone 6 Plus mempunyai skrin yang besar dengan resolusi yang tinggi, Apple menyertakan fungsi  paparan secara melintang untuk model ini .


Model ini juga menekankan penggunaan bateri .

Khabarnya iPhone 6 Plus boleh bertahan sehingga 24 jam dengan sekali caj walaupun heavy usage seperti memainkan lagu, surfing internet dan 'multi tasking job' yang lain ..

Kamera pada iPhone 6 Plus turut diupgrade .

Kameranya mempunyai sensor 8 megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture , untuk rakaman gambar yang lebih cantik berbanding model sebelumnya. 

Selain itu fungsi Focus Pixel untuk iPhone 6 Plus memfokus objek dengan pantas dan baik sebelum rakaman gambar atau video dfilakukan .


Apple iPhone 6 Plus juga mempunyai fungsi OIS ( optik pengstabilan imej) .

Rakaman slow motion juga ditambah baik , kini pengguna boleh mengambil video gerak perlahan pada 120fps dan 240fps.

Cip prosesor A8 turut menyediakan fungsi ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika keadaan bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.

Kamera hadapan pula ada fungsi pengecaman wajah atau face detection .

Menggunakan sensor baru mereka dengan ƒ/2.2 aperture membolehkan lebih 80% cahaya dirakamkan bersama-sama gambar selfie pengguna. 

Fungsi Burst Selfie turut disertakan untuk membolehkan 10 gambar selfie dirakamkan menggunakan kamera hadapan dengan mudah  dan pengguna boleh memilih gambar yang berkenan di hati mereka .

Selain itu fungsi baru yang ada pada iPhone 6 ialah :

- notifikasi daripada pihak ketiga yang lebih baik
- keypad dengan GUI terbaru yang menarik


Iphone 6 Plus akan mula dijual bermula 19 September ini di beberapa buah negara .
Yang terdekat dengan Malaysia ialah Singapura .

Jadi pada penggemar iPhone Malaysia anda boleh beli iPhone 6 Plus ini bermula 19 September 2014 .

Warna yang ditawarkan untuk model ini ialah putih, hitam dan emas .

Berikut ialah harga jangkaan iPhone 6 Plus mengikut storannya :

- iPhone 6 Plus 16GB RM2749
- iPhone 6 Plus 64GB RM3149
- iPhone 6 Plus 32GB RM3549


Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan iPhone 6 Plus akan mula dijual mulai pertengahan Oktober 2014 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates