Wednesday, September 10, 2014

iPhone 6 Akhirnya Dilancarkan Secara Rasmi


Debaran telah berakhir .

Seperti yang dijanjikan Apple , iPhone 6 akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 9 September 2014 iaitu semalam .

Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 4.7 inci (retina display)
- prosesor Dual core 1.4 GHz Cyclone
- 1 GB RAM

- storan dalaman dalam pilihan 16/64/128 GB
- kamera belakang 8 mega pixel dual-LED (dual tone) flash
- kamera hadapan 1.2 mega pixel 720p HDR

- OS iOS 8
- bateri 1810 mAh

Apple turut mendakwa model ini mempunyai skrin tercantik berbanding model iPhone sebelum ini .


Reka bentuk luarannya juga mempunyai sisi bulat berbanding sisi petak yang terdapat pada iPhone 5S sebelum ini.

Gajet ini dijana denga prosesor terbaru Apple iaitu Apple A8 .

Prosesor ini dikatakan sangat efisyen dan menjadikan tugas prosesor 25% lebih pantas .

Untuk render grafik pula , prosesor ini merender grafik 50% lebih laju dari prosesor iPhone sebelum ini .

Jadi iPhone6 sangat sesuai dan pantas bila memainkan game terbaru tanpa lag atau hang .


Model ini juga menekankan penggunaan bateri .

Khabarnya iPhone 6 boleh bertahan sehingga 24 jam dengan sekali caj walaupun heavy usage seperti memainkan lagu, surfing internet dan 'multi tasking job' yang lain ..

Kamera pada iPhone 6 turut diupgrade .

Kameranya mempunyai sensor 8 megapixel iSight, 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture , untuk rakaman gambar yang lebih cantik berbanding model sebelumnya. 

Selain itu fungsi Focus Pixel untuk iPhone 6 memfokus objek dengan pantas dan baik sebelum rakaman gambar atau video dfilakukan .


Cip prosesor A8 turut menyediakan fungsi ISP (Image Signal Processor) untuk membantu rakaman ketika keadaan bergegar ataupun pada keadaan cahaya gelap.

Kamera hadapan pula ada fungsi pengecaman wajah atau face detection .

Menggunakan sensor baru mereka dengan ƒ/2.2 aperture membolehkan lebih 80% cahaya dirakamkan bersama-sama gambar selfie pengguna. 

Fungsi Burst Selfie turut disertakan untuk membolehkan 10 gambar selfie dirakamkan menggunakan kamera hadapan dengan mudah  dan pengguna boleh memilih gambar yang berkenan di hati mereka .


Selain itu fungsi baru yang ada pada iPhone 6 ialah :

- notifikasi daripada pihak ketiga yang lebih baik
- keypad dengan GUI terbaru yang menarik

Iphone 6 akan mula dijual bermula 19 September ini di beberapa buah negara .

Yang terdekat dengan Malaysia ialah Singapura .

Jadi pada penggemar iPhone Malaysia anda boleh beli iPhone 6 bermula 19 September 2014 ini .

Warna yang ditawarkan untuk model ini ialah putih, hitam dan emas .

Berikut ialah harga jangkaan iPhone 6 mengikut storannya :

- iPhone 6 16GB (harga tidak diketahui lagi)
- iPhone 6 64GB RM2749
- iPhone 6 32GB RM3149

Buat permulaan ini , hanya model 64GB dan 128GB sahaja akan dijual di pasaran .

Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan iPhone 6 akan mula dijual mulai pertengahan Oktober 2014 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates