Thursday, September 25, 2014

BlackBerry Passport Dilancarkan di Malaysia


Malaysia diberikan penghormatan untuk pelancaran model terbaru Blackberry .

Malaysia menjadi destinasi terawal untuk pelancaran model ini .

Model yang dimaksudkan itu ialah BlackBerry Passport .


Seperti yang telah saya nyatakan semasa review saya mengenai model ini , ia ialah satu percubaan berani daripada BlackBerry kerana mengemukakan model pelik dan menongkah arus .

Ia merupakan sebuah model high-end daripada Blackberry .

Dari segi rekabentuk , ia mempunyai touch screen berbentuk segi empat sama dan dilengkapi dengan keypad fizikal pada bahagian bawah. 

Yang menariknya keypad fizikal ini turut mempunyai fungsi input berdasarkan sentuhan .

Pengguna boleh menggunakannya untuk membuat beberapa gesture , seperti swipe ke kiri untuk memadam sesuatu perkataan atau swipe ke atas untuk memilih sesuatu perkataan yang dicadangkan ketika sedang menaip , sama seperti menggunakan keypad virtual , memang fungsi yang menarik!


Untuk melihat spesifikasi phone ini , boleh klik link dibawah :
Blackberry Passport

Bateri phone ini didakwa boleh bertahan sehingga 30 jam walauoun digunakan secara maksimum!

Satu lagi kelebihan ketara pada phone ini ialah skrin nya boleh memuatkan 60 aksara dalam sebaris, berbanding 33 aksara pada sebuah iPhone , sekaligus memudahkan kerja menghantar mesej , email , whatsapp dan sebagainya .

BlackBerry Passport akan dijual di Malaysia pada bulan Oktober ini eksklusif untuk pelanggan Celcom sahaja .

Untuk jualan pada umum pula , ia akan mula dijual bermula 1 November 2014 .


Harganya ialah RM2399 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates