Thursday, September 11, 2014

BlackBerry Passport Bakal Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi


Percubaan berani dari BlackBerry .

Sengaja saya tidak letakkan gambar model ini sebagai intro image sebab saya mahu anda menikmatinya.

Walaupun dikatakan menongkah arus , pujian perlu diberikan kepada BlackBerry kerana berani bersaing dengan cara yang unik .

Model yang sangat berbeza dari semua smart phone yang dihasilkan dalam 3 tahun kebelakangan ini .

Model unik BlackBerry ini bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi .

Semasa saya melihat protaip model ini pada pertengahan 2014 lalu  , saya sendiri berasa ragu-ragu , adakah betul ini model terbaru BlackBerry kerana ia sungguh berbeza dari model pengeluar lain dan nampak pelik.

Ternyata ia memang model sebenar!

BlackBerry Passport , itu lah nama model ini .


Dengan gabungan keypad fizikal qwerty dan touch screen, ini satu-satunya  model smart phone hari ini yang menampilkan kelainan yang sangat ketara .

Berikut ialah antara spesikfikasinya :

- skrin 4.5 inci
- prosesor Qualcomm MSM8974AA Snapdragon 800
- 3 GB RAM
- memori simpanan dalaman 32 GB
- kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan 2 mega pixel 720p
- OS BlackBerry 10.3 OS
- bateri  3450 mAh battery

Ini ialah sebuah model high-end bila dilihatkan spesifikasinya .


Model ini mengingatkan pada sebuah model Nokia yang saya pernah gunakan suatu masa dahulu iaitu Nokia 3230 , cuma model ini lebih lebar , lebih panjang dan ada touch screen .

Nostalgia menggamit kembali .


Harga model ini nanti dijangkakan RM2100-2399 bila ia dijual di Malaysia nanti ,



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates