Friday, August 29, 2014

LG Telah Melancarkan G3 Stylus Secara Rasmi


LG Mobile secara rasminya telah melancarkan model bajet mereka iaitu LG G3 Stylus .

Ia dikatakan bakal menjadi pencabar kepada Samsung Galaxy Note 4.

Bentuk dan rupanya seakan model utama LG sebelum ini iaitu LG G3 .

Namun spesifikasinya sangat berbeza dengan LG G3 sebenarnya .


Berikut ialah antara spesifikasi  LG G3 Stylus :

- skrin 5.5 inci qHD  , 960 x 540 piksel , kepadatan piksel 200ppi
- prosesor quad core 1.3 GHz
- 1 GB RAM
- kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan 1.3 mega pixel
- OS Android 4.4 KitKat
- bateri 3000 mAh
- pen stylus RubberdiumTM

Akan dijual dalam 3 warna pilihan iaitu putih, hitam dan emas .

Belum diketahui bila ia akan dijual di Malaysia buat masa ini .


Harga model ini dijangkakan sekitar RM850 hingga RM999 bila dijual di Malaysia nanti .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates