Friday, August 29, 2014

Jam Pintar 3G Gear S Dilancarkan Oleh Samsung


Jam pintar Samsung Gear S yang ada slot SIM 3G telah dilancarkan secara rasminya oleh Samsung .

Ia juga boleh digunakan bersama gajet Samsung yang lain.

Samsung Gear S boleh beroperasi tanpa perlu digabungkan dengan telefon kerana ia ada slot SIM 3G yang membolehkannya menerima dan membuat panggilan , serta menggunakan SMS .



Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 2 inci Super AMOLED melengkung
- prosesor dual core1 GHz
- 512MB RAM
- 4 GB memori dalaman
- OS Tizen
- bateri 300 mAh yang mampu bertahan sehingga 2 hari

Ia juga kalis air dan habuk dengan pensijilan IP57 .

Selain itu , ia juga ada Sokongan S-Voice .

Apps lain yang ada pada gajet ini ialah S-Health dan Nike+ Running .


Gear S juga mempunyai sensor mengukur degupan jantung , barometer dan sensor UV.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates