Tuesday, July 22, 2014

Xiaomi Mi 4 Dilancarkan Secara Rasmi 22 Julai 2014


Xiaomi Mi 4 dilancarkan secara rasmi di China dan dicanangkan sebagai antara pencabar utama kepada Apple iPhone 6  yang bakal dilancarkan , Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8 .

Walaupun Mi 4 ialah sebuah smart phone High end , harganya tetap berdaya saing dan mampu milik berbanding 3 model yang telah disebutkan tadi .

Bayangkan harganya murah 50% daripada 3 model smart phone high end berkenaan .

Antara spesifikasinya ialah :

- skrin 5 inci 1080p
- prosesor quad core Qualcomm Snapdragon 801 2.5 Ghz
- 3GB RAM
- 16GB memori simpanan dalaman
- kamera 13 mega pixel dengan Flash LED , kamera hadapan , kamera hadapan ‘selfie’ 8 mega pixel
- ada 4G LTE
- bateri 3080 mAh
- OS Android 4.4 KitKat
- GUI terbaru Xiaomi iaitu MIUI generasi keenam



Kamera belakang Xiaomi Mi 4 ialah jenama Sony IMX214 dengan aperture F1.8 dan menyokong rakaman video 4K , 13 mega pixel .

Kamera hadapan nya pula ialah Sony 8 mega pixel , menjadikan Xiaomi Mi 4 antara smart phone dengan kamera ‘selfie’ terbaik , setanding dengan Huawei Ascend P7.

Xiaomi Mi 4 akan mula dijual di China mulai 29 Julai 2014 .

Penjualannya di Malaysia dan negara lain di dunia dijangkakan pada Sepetember 2014 .

Terdapat 2 versi model iaitu yang 16 GB dan 64 GB .

Harga jualannya di Malaysia nanti untuk model 16GB dijangkakan RM1099 .

Untuk model 64GB pula , harganya dijangkakan RM1299 .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates