Friday, July 25, 2014

Samsung Galaxy S5 Alpha dilancarkan Ogos 2014 ?


Hangat diperkatakan Samsung Galaxy S5 Alpha yang juga dikenali sebagai Galaxy S5 F bakal dilancarkan pada Ogos 2014 ini .

Gambar yang dipaparkan oleh SamMobile dengan jelas menunjukkan bahawa skrin paparan pada model ini adalah lebih kecil berbanding Samsung Galaxy S5 dan reka bentuk yang sedikit lain.


Tambah sumber ini lagi , Galaxy S5 Alpha bakal menggunakan skrin 4.7 inci 1080p Super AMOLED kerana pengunaan skrin QHD pada saiz 4.7 adalah tidak sesuai .

Galaxy S5 Alpha dikatakan mempunyai rangka aluminium .

Ciri lain yang ada pada model ini ialah pengecan cap jari, memori simpanan dalaman 32GB .


Model ini dikatakan bakal menjadi pencabar kepada iPhone 6 yang turut mempunyai skrin 4.7 inci dan dijangka dilancarkan pada September 2014 ini.

Info ini masih boleh dianggap khabar angin kerana ketiadaan pengumuman rasmi daripada Samsung .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates