Thursday, July 3, 2014

TM Bakal Lancarkan 4G LTE TMgo


Telekom Malaysia atau lebih dikenali sebagai TM bakal melancarkan perkhimatan jalur lebar 4G LTE tahun ini .

Sebagai persediaan ke arah pelancaran ini, TM telah mengambil alih saham syarikat P1 yang akan menyediakan platform untuk menawarkan perkhimatan ini secara komersial.

Perkhimatan terbaru TM ini akan dikenali sebagai TMgo dan terdapat dua pelan yang akan ditawarkan melalui pelan ini iaitu pelan USB 4G LTE dan pelan 4G LTE MiFi .

Kedua-dua pelan ini mempunyai harga permulaan RM98 .

Quota internet permulaan nya ialah 2GB. 

TMgo juga menawarkan tambahan 500MB data bagi 6 bulan pertama. 

TMgo akan membekalkan pengguna dengan modem D-Link DWM-221 bagi pelan USB 4G LTE dan model DWR-930 bagi pelan 4G LTE MiFi.

Selain itu, terdapat 2 jenis pelan TMgo yang ditawarkan iaitu Value Plan dan Longer Validity Plan. 


Didalam value plan terdapat 4 pilihan seperti dibawah :

Nama Pelan      Tempoh Sah Kuota      Harga
Value Plan          1 hari 2GB                   RM10
Value Plan          3 hari 6GB                   RM60
Value Plan          7 hari 500MB              RM10
Value Plan          7 hari 1GB                   RM15


Longer Validity Plan pula terbahagi kepada 3 pilihan seperti dibawah :

Nama Pelan                    Tempoh Sah Kuota       Harga
Longer Validity              15 hari 1GB                   RM15
Longer Validity              30 hari 3GB                   RM40
Longer Validity               60 hari 6GB                  RM50


Kelajuan maksima untuk muat turun melalui perkhimatan TMgo ini adalah 20Mbps .

Ia beroperasi pada band 850MHz. 

Syarikat telekomunikasi lain menawarkan perkhimatan LTE ini pada band 1800MHz atau 2600MHz dan pengunaan rangkaian 850MHz menjanjikan akses ke kawasan luar bandar.

Banyak maklumat yang belum lengkap lagi, tunggu sahaja pengumuman rasmi dari Telekom tidak lama lagi .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates