Thursday, July 3, 2014

Lenovo Golden Warrior A8 4G LTE Bakal Dilancarkan ?


Model Lenovo Golden Warrior S8 telah dilancarkan pada penghujung Mei lalu dan telah mula dijual di pasaran .

Tanpa berlengah , Lenovo telah melancarkan pula satu lagi versi Golden Warrior yang diberi nama A8 .

Sama seperi Lenovo S8, Lenovo Golden Warrior A8 juga akan menjadi smart phone dengan harga mampu milik .

Lebih menarik lagi model A8 ini ada LTE berbanding S8 yang tidak dilengkapi LTE .

Antara spesifikasi Lenovo Golden Warrior A8 ialah :

- skrin 5 inci HD 720p berukuran 5 inci
- prosesor MediaTek MT6592
- 2GB RAM
- kamera belakang 13 mega pixel , kamera hadapan 5 mega pixel
- OS Android 4.4.2 KitKat dengan UI Lenovo Vibe 2.0


Warna pilihan untuk model ini ialah putih, emas, merah jambu dan hitam .

Harga jualannya nanti dijangkakan sekitar RM465-RM550 .

Mungkin juga harga diatas ialah harga phone ini yang bagi yang membelinya bersama pelan telco dan harganya mungkin tinggi lagi jika dibeli tanpa pelan telco .

Belum dipastikan model A8 ini akan dijual untuk pasaran antarabangsa atau untuk pasaran China sahaja dahulu .

Peminat Lenovo perlu menunggu pengumaman rasmi dari pihak Lenovo terlebih dahulu dan berharap ia akan dijual di Malaysia nanti .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates