Monday, June 9, 2014

Samsung Galaxy Tab S 10.5 Dilancarkan 12 Jun 2014


Beberapa gambar Samsung Galaxy Tab S 10.5 telah leaked lagi di internet  , beberapa hari sebelum pelancaran rasminya iaitu pada 12 Jun ini .

Berdasarkan gambar yang diperolehi jelas kelihatan , ketebalan tablet ini hanya 6.6mm!


Nak tahu nipis atau tidak , bayangkan anda boleh masukkan tablet ini ke dalam sampul surat!

Ia dikatakan lebih nipis 0.9 mm daripada iPad Air .

Tab S 10.5 juga dikatakan 4g lebih ringan iaitu 465g , berbanding dengan iPad Air yang beratnya ialah 469g.

Tablet ini mempunyai bahagian belakang yang berlubang-lubang , lebih kurang seperti Samsung Galaxy S5.

Bahagian tepinya nampak menarik kerana diperbuat dari tembaga 

Ia nampak begitu solid dan stylish .

Samsung Galaxy Tab S 10.5 juga boleh digunakan untuk membuat pangggilan dan ada slot sim kad .

Kepada penggemarnya , nantikan 12 Jun ini untuk pendedahan rasmi mengenai tablet ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates