Monday, June 9, 2014

Apple IWatch Bakal Dilancarkan Oktober 2014


Apple iWatch merupakan gajet yang hangat diperkatakan sebelum khabar angin mengenai iPhone 6 bertiup kencang , yang menenggelamkannya buat seketika .

Tetapi ia teleh muncul kembali .

Khabar angin terbaru menyatakan , yang bulan Oktober 2014 akan menjadi bulan dimana iPad dan iWatch dilancarkan , manakala pelancaran iPhone 6 diadakan sebulan lebih awal darinya iaitu September 2014 .

Laporan itu baru menyatakan iWatch akan dilancarkan pada bulan Oktober 2014 berdasarkan maklumat daripada pembekal komponen serta sumber terdekat Apple.



Sumber yang sama itu juga berkata , yang iWatch akan mempunyai skrin paparan melengkung OLED dan mampu mengukur data seperti kandungan glukosa dalam darah , pembakaran kalori , waktu tidur dan tahap oksigen didalam darah .

Smart watch ini juga dikatakan boleh menyimpan data cap jari daripada Touch ID iPhone pengguna iaitu ia ada thumbprint scanner bulilt in.

Apple mensasarkan untuk menjual 3 juta hingga 5 juta unit iWatch sebulan selepas ia dijual secara rasmi nanti.

Ia juga dikatakan akan menggunakan iOS8 dan Apple juga akan menyertakan aplikasi HealthKit yang dilancarkan bersama iOS 8 , minggu lalu .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates