Thursday, June 12, 2014

Samsung Galaxy Note 4 Dengan Skrin QHD Dilancarkan September 2014


Samsung Galaxy Note 4 dikhabarkan akan dilancarkan pada September 2014.

Khabarnya juga , model ini akan dilengkapi prosessor yang berbeza mengikut pasaran.

Galaxy Note 4 yang dijual di pasaran Amerika Utara , Korea , China dan Jepun dengan menggunakan prosesor Snapdragon 805 .

Untuk pasaran antarabangsa lain , selain dari yang dinyatakan diatas , ia akan menggunakan prosesor Exynos 5433 dengan Intel XMM7260 Cat 6 modem .

Antara spesifikasinya yang menurut khabar angin ini ialah , skrin 5.7 inci Super AMOLED QHD dan kamera 16 mega pixel Sony IMX240 .


Sebelum ini , diakatakan yang Samsung Galaxy Note 4 akan menggunakan kamera 20 mega pixel, dan sekarang 16 mega pixel sahaja , tak tahu mana satu yang muktamad .

Sebelum pelancaran Galaxy Note 4 , Samsung terlebih dahulu dikatakan , akan melancarkan smart phone dengan skrin paparan QHD mereka iaitu Samsung Galaxy F atau S5 Prime.

Sehingga ini , anggap sahaja semua maklumat atau berita ini hanya khabar angin walaupun banyak maklumat dan gambar model-model smart phone ini telah leaked di internet sebelum ini

Samsung Galaxy Note 4 kalau benar dilancarkan pada September 2014 , maka ia akan mula dijual di Malaysia mulai Oktober 2014 .

Harganya dijangkakan RM2399 , sama seperti semua smart phone high end sebelum ini iaitu Samsung Galaxy S5 , LG G3 dan HTC One M8 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates