Thursday, June 12, 2014

Oppo Lancarkan R3 , Smart Phone LTE Ternipis di Dunia


Oppo sekali lagi mencuri tumpuan awam minggu ini apabila secara rasminya telah melancarkan Oppo R3 yang kini merupakan smart phone LTE ternipis didunia.

Huawei sebelum ini juga telah mendakwa Ascend P7 merupakan antara telefon pintar LTE ternipis didunia dan telah dijual di Malaysia pada harga RM1499.

Dengan ukuran dimensi 142.3 x 70.4 x 6.3 mm , Oppo R3 merupakan smart phone telefon pintar ternipis didalam sejarah setakat ini  

Buat masa masa ini , model ini hanya boleh menggunakan rangkaian LTE di China sahaja!

Oppo R3 termasuk dalam kategori gajet pertengahan , namun ianya masih mempunyai spesifkasi yang menarik. 


Antara spesifikasinya ialah :

- skrin 5 inci IPS 720p
- prosesor quad core Snapdragon 400 1.6GHz
- 1GB RAM
- 8GB memori simpanan dalaman
- OS Android 4.3 Jelly Bean dengan ColorOS
- berat 140gram.
- kamera belakang 8 mega pixel , kamera hadapan 5 mega pixel
- bateri 2420 mAh 

Model ini akan mula dijual di China minggu ini pada harga RM1182 .

Tiada sebarang pengumuman buat masa ini , bila model ini akan dijual di pasaran antarabangsa termasuk Malaysia .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates