Saturday, June 7, 2014

Google Stars , Perkhidmatan Bookmarking Terbaru


Google Stars untuk Chrome telah leaked di internet .

Pengguna boleh mencuba dahulu social bookmarking terbaru ini ia sebelum ia dilancarkan secara rasmi oleh Google.

Google Stars ialah perkhidmatan social bookmarking , dimana pengguna boleh menandakan sesuatu artikel ataupun laman web untuk disimpan bagi rujukan pada masa akan datang.

Fungsinya hampir sama seperti servis yang disediakan oleh Digg , Reddit , Technorati dan Delicious .

Sebaik sahaja plugin Google Stars diinstall di Google Chrome, ia mengubah butang bookmark biasa kepada sebuah ikon baru, dimana pengguna boleh klik padanya .

Ia turut memaparkan beberapa data seperti tajuk pada halaman berkenaan dan juga thumbnail .


Ketika menambah sesuatu bookmark , pengguna boleh menambah nama folder, dan mengumpulkan sesuatu bookmark dalam satu kategori .

Setiap bookmark juga ditandakan dengan tarikh ia disimpan, memudahkan lagi proses anda untuk melihat koleksi laman web yang telah disimpan oleh anda menggunakan Google Stars.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan Google Stars ini secara rasminya.

Mengikut spekulasinya , ia bakal diperkenalkan secara rasmi di Google I/O 2014 yang dijadualkan pada penghujung Jun 2014 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates