Sunday, June 8, 2014

Google Dalam Perbincangan Untuk Mengambil Alih Songza


Google dikatakan dalam perbincangan untuk mengambil alih perkhidmatan Songza , pada harga anggaran sekitar USD15 juta.

Songza diminati Google untuk menambah baik penawaran Google Play All Access mereka.

Songza berpotensi menawarkan senarai muzik mengikut pelbagai keadaan dan pilihan pengguna, menjadikan ia salah satu perkhidmatan yang disukai beberapa pengguna.

Pengambil alihan Songza juga turut dikatakan akan menyertakan beberapa fungsi tambahan yang akan digunakan pada perkhidmatan muzik YouTube , yang dikatakan bakal diperkenalkan Google.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates