Saturday, May 31, 2014

Yahoo Membangunkan Platform Seakan YouTube


Yahoo sedang membangunkan platform perkongsian video mereka sendiri yang seakan YouTube .

Yahoo dikatakan akan menarik minat para penerbit video berubah ke platform yang mereka tawarkan , dengan dengan bayaran iklan yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan ia diterbitkan di YouTube .

Mengikut laporan AdAge , setiap penerbit kandungan dikatakan akan mendapat saluran mereka tersendiri , sama seperti YouTube .


Bezanya penerbit atau pemilik video akan menandatangani perjanjian dengan Yahoo yang membolehkan pemilik berkongsi video mereka di pelbagai halaman milik Yahoo termasuk di Tumblr.

Ia ialah salah satu strategi untuk menarik pengguna menggunakan Yahoo seperti suatu masa dahulu .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates