Saturday, May 31, 2014

HTC One M8 Ace Akan Dilancarkan


HTC China telah mendedahkan telefon pintar HTC One M8 Ace atau juga dikenali sebagai Vogue Edition .

Ia dijangka dilancarkan pada 3 Jun 2014 ini.


Ia ialah versi One M8 dengan harga yang jauh lebih murah daripada versi asal sebelum ini .

Bezanya ialah badannya dibuat dari plastik. 

Didatangkan dalam 4 warna pilihan iaitu putih, hitam, biru dan merah.


Spesifikasinya ialah :

- prosesor Snapdragon 801

- kamera belakang 13 megapixel , kamera hadapan 5 megapixel

- speaker double BoomSound untuk kualiti bunyi yang mantap


Kesimpulannya ia lebih kurang dengan HTC One M8 , cuma harganya jadi lebih murah kerana badannya diperbuat daripada plastik , itu sahaja .

Harganya belum diketahui buat masa ini , tetapi ramai meramalkan model ini akan dijual antara RM1200-RM1500 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates