Thursday, May 22, 2014

Sony Xperia Z2 Dijual di Malaysia


Walaupun mempunyai reka bentuk yang sama seperti model Z1 , Xperia Z2 adalah jauh lebih baik.




Apa yang anda dapat?



Dengan setiap pembelian telefon pintar Sony Xperia Z2 yang kini dijual di Malaysia pada harga RM2399 , pengguna akan menerima satu unit telefon pintar , satu unit plug USB , satu unit earphone dan satu kabel USB.

Kesemua ini berwarna hitam.

Bagaimanapun , bagi pengguna yang membeli model telefon pintar ini anda akan menerima Dock pengecasan magnetik  DK36  dan kabel Xperia Transfer EC310 ) yang merupakan kabel USB On The Go,yang bernilai RM700 .

Turut disertakan adalah muat turun muzik dan filem eksklusif percuma dari Xperia Loungue.



Reka bentuk



Sony Xperia Z2 hadir dengan reka bentuk OmniBalance berasakan aluminium dan gelas tahan calar yang memang ternyata popular dan berjaya menarik perhatian pengguna sebelum ini.

Walaupun reka bentuk Z2 ini masih sama seperti 2 model sebelum ini, model ini boleh dikatakan antara model yang mempunyai reka bentuk terbaik dipasaran telefon pintar. Xperia Z2 juga merupakan model kalis air dan habuk.



Skrin paparan 5.2 inci 1080p


Xperia Z2 hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2 inci 1080p Triluminos IPS yang disokong dengan enjin Sony X-Reality yang sebelum ini telah disertakan pada Xperia Z1 dan ternyata skrin paparan ini lebih baik berbanding sebelumnya . 

Skrin paparan IPS ini juga kelihatan jelas walaupun dari sudut yang berlainan.

Kepadatan piksel pada skrin paparan ini adalah 424ppi yang memberikan kejelasan gambar yang tajam. 

Sony juga dijangka akan memperkenalkan skrin paparan IPS QHD pada Xperia Z3 yang akan dilancarkan Ogos ini.



Kamera


Z2 masih lagi menggunakan 20.7MP 1/2.3-jenis Exmor RS , pengesan gambar CMOS bersama 1.1 micron pixel dan Sony G Lens seperti Z1.

Z2 dilengkapi dengan prosesor yang lebih laju dan lebih RAM untuk kegunaan fungsi kamera. 

Buktinya adalah ianya kini boleh merakam video 4k tetapi Sony juga telah menambah ciri-ciri untuk merakam video slow-mo 120fps dan anda boleh memilih disaat manakah yang anda mahukan untuk menjadi perlahan. 

Anda juga boleh memilih kesan yang anda mahukan pada keadaan semasa, seperti mewarnakan gambar, mencerminkan dan juga kesan gerakan. 

Kamera hadapan Xperia Z2 ini adalah 2.2MP yang dilihat sedikit kurang jika dibandingkan dengan HTC One M8 yang hadir dengan kamera hadapan 5MP .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates