Thursday, May 22, 2014

Sony Xperia Z , ZR,ZL dan Tablet Z Boleh Tukar ke Kitkat 4.4


Sony telah menawarkan kemaskini Android 4.4 KitKat bagi beberapa telefon pintar utama yang dilancarkan tahun lepas. 

Kemaskini versi Android terbaru ini akan diberikan kepada Xperia Z , Xperia ZL , Xperia ZR dan tablet Xperia Z diseluruh dunia termasuk Malaysia. 

Kebiasaanya proses ini akan dilakukan secara berperingkat namun hampir kesemua pengguna peranti diatas akan menerima kemaskini terbaru mereka didalam masa beberapa minggu ini .

Kemaksini terbaru ini membawakan Android 4.4 KitKat dengan kesemua ciri baru seperti status bar yang baru , animasi UI baru , gambar latarbelakang , aplikasi multimedia dan sistem Sony yang dikemaskini sekaligu membolehkanya digunakan bersama jam pintar Sony . 

Berikut adalah antara perubahan atau ciri yang disertakan pada Android 4.4 KitKat

- Android 4.4 KitKat- prestasi dan UI yang lebih baik dan pantas


- Animasi seperti playstation 4 dan ‘live wallpaper’ pada kesemua skrin

- Status Bar dan tetapan pantas yang direka semula, notifikasi yang boleh ditetapkan mengikut citarasa

- Kemaskini pada aplikasi Email, Smart Social Camera dan Battery STAMINA

- Updated Sony Media apps: WALKMAN, Album and Movies, with Sony

- Aplikasi Media Sony yang lebih baik : WALKMAN, Album dan filem dan banyak lagi

- Tema Xperia UI yang boleh dimuat turun melalui Sony Select

Selepas kemaskini kepada model-model ini selesai , Sony akan mengalihkan perhatian untuk menawarkan Android KitKat kepada Xperia T2 Ultra , Xperia E1 dan Xperia M2 dengan tarikh penawaran ditetapkan pada bulan Julai 2014 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates