Tuesday, May 6, 2014

AdWords Diperkenalkan Dalam Bahasa Malaysia


Google AdWords merupakan platform pengiklanan daripada Google dalam menyediakan para pengiklan dengan tools yang berkaitan dalam mengiklan di platform Google.

Sehingga kini, perkhidmatan tersebut hanya ditawarkan dalam beberapa bahasa sahaja, dan kini ia diperluaskan untuk turut menyokong Bahasa Malaysia.

Bersama-sama pengenalan ini, selain menawarkan tools dalam Bahasa Malaysia, ia juga memberikan peluang kepada para pengiklan untuk menyasarkan kata kunci Berbahasa Malaysia pada platform pengiklanan Google.

Menurut Google, hampir 60% pengguna tempatan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan utama mereka, dan dengan pengenalan perkhidmatan AdWords dalam Bahasa Malaysia , pastinya akan jadi lebih menarik .

Pengiklan tempatan dari Malaysia akan dapat menggunakan perkhidmatan ini , untuk mereka mengiklankan produk dan servis mereka di Google.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates