Tuesday, May 6, 2014

WordPress 3.9 Memudahkan Kerja Penyuntingan Gambar


Pembangun WordPress hari ini telah memperkenalkan versi terbaru sistem penulisan blog dan pembangunan web mereka , iaitu WordPress 3.9 .

Diantaranya ialah , peningkatan sebelum ini diperbaiki dan turut dilihat memudahkan pengurusan media pada platform tersebut.

WordPress merupakan salah satu platform sumber terbuka yang digunakan secara meluas di internet .

Hampir 22% daripada web terkemuka di dunia menggunakan platform WordPress dan , ia sentiasa meningkat dari tahun ke setahun.

WordPress 3.9 ini dikenali dengan nama kod Smith dan terdapat beberapa pembaharuan di dalamnya.

Di bahagian pengurusan media , pihak pembangun WordPress telah menambah baik beberapa fungsi .

Antaranya ialah , kini pengguna boleh membuat penyuntingan ringkas dengan pantas ketika menulis sesuatu artikel.

Selain daripada itu, WordPress kini dilengkap kemudahan fungsi drag and drop imej dari desktop terus ke bahagian editor nya.

Kerja menjadi semakin mudah bila menggunakan fungsi terbaru WordPress 3.9 ini .

Pihak pembangun WordPress turut memberikan pembaharuan pada bahagian Themes mereka , dimana kini ia memudahkan lagi pengguna memilih themes dan rekaan web mereka .

Perubahan ketara juga dilihat pada penggunaan widget dan juga header.

Bagi para pengguna WordPress sedia ada , anda boleh mengemaskini versi yang terdapat pada anda sekarang , dengan memuat turun installer , bersaiz 6MB .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates