Sunday, May 11, 2014

Pengguna iPhone Naik Kapal Terbang dan Pengguna Android Naik Bas Sahaja



Kajian terbaru menunjukkan perbezaan tingkah-laku dan sosio-ekonomi antara pengguna iPhone dan Android .

Yang ketara dari kajian di Amerika Syarikat , dari soal seldik yang dilakukan , pengguna iPhone kebanyakkannya dalam waktu terdekat ini  telah menaiki kapal terbang , bekerja sebagai pekerja kolar putih dan minum wine .


Pengguna Android pula kebanyakannya minum beer , menaiki bas dan kebanyakannya ialah pekerja kolar biru iaitu pekerja kilang dan buruh .

Jadi kalau ini dijadikan ukuran , iPhone dan android menunjukkan status kehidupan yang berbeza .

Orang yang menggunakan iPhone dipandang tinggi kerana kebanyakan penggunanya ialah golongan profesional , jadi harga yang agak mahal untuk iPhone , tidak menjadi masalah bagi mereka .


Pengguna android jangan marah kepada saya pula , kajian yang menunjukkan keputusan ini , bukan saya yang cakap .

Saya sendiri masih menggunakan Nokia N8 , hihi .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates