Sunday, May 11, 2014

Jam tangan pintar Motorola Moto 360


Motorola telah memperkenalkan sebuah jam tangan pintar bernama Moto 360. 

Ia menggunakan sistem operasi terbaru Google iaitu Android Wear .

Moto 360 memiliki rekaan bulat hampir sama seperti kebanyakan jam biasa yang terdapat di pasaran. 


Ia kelihatan begitu elegan dan eksklusif , sesuai bagi mereka yang mementingkan fesyen di pejabat. 

Malah ada yang telah menggelarkannya 'jam tangan pintar paling seksi buat masa ini '.

Dengan sistem Android Wear , Moto 360 memberikan notifikasi terkini kepada pengguna di samping sokongan Google Now yang disukai ramai. 


Antara info yang pengguna boleh dapat dari jam ini adalah keadaan cuaca terkini , kalendar dan GPS , jadual pengangkutan awam dan game .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates