Friday, May 16, 2014

MyTeksi Melancarkan GrabCar



MyTeksi , penyedia servis perkhidmatan tempahan teksi melalui gajet pengguna  , memperkenalkan satu lagi pilihan melalui apps mereka iaitu GrabCar .

GrabCar menawarkan pengguna MyTeksi menempah teksi premium atau limosin .

Pengguna boleh membuat pilihan ini dari dalam apps MyTeksi dan memilih pilihan GrabCar berbanding pilihan teksi biasa dan teksi eksekutif.

Harga anggarannya akan turut dipaparkan apabila maklumat lokasi tumpangan dan destinasi pilihan dimasukkan oleh pengguna .

Pilihan teksi premium GrabCar buat masa ini adalah kurang berbanding pilihan teksi biasa dan teksi eksekutif kerana ia baru dilancarkan .

MyTeksi masih dalam proses untuk menambah lagi bilangan GrabCar untuk para pelanggan mempunyai banyak pilihan.

GrabCar boleh digunakan dalam OS iOS , Android , Windows Phone dan juga BlackBerry .

Buat masa ini kawasan lingkungan perkhidmatan GrabCar hanya terhad kepada Mont Kiara , Bangsar dan kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur.
Kelak dikembangkan ke kawasan Lembah Kelang pada masa hadapan .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates