Friday, May 16, 2014

Blackberry 10.3 Akan Dilancarkan Dengan Banyak Penambahbaikan


Blackberry telah memperincikan penambahbaikan pada Blackberry 10.3.

18 penambahbaikan akan dibuat pada telefon pintar itu .

Antaranya ialah GUI atau antaramuka yang menyertakan satu Taskbar di bahagian bawah skrin yang dikatakan lebih kemas dan mudah.

Model ini juga dikatakan akan membuang kotak yang mengelilingi ikon aplikasi dan membenarkan pengguna memasukkan seberapa banyak aplikasi ke dalam folder , fungsi sama seperti yang ada pada Andriid dan iOS

Setting sistem atau tetapan sistem boleh diakses dari mana-mana skrin dengan menggunakan dua jari ke atas skrin.

Blackberry Hub juga telah ditambahbaik dan kini pengguna boleh download file dalam link email dengan hanya satu klik .

Untuk apps Calendar dan Reminder pula , profil tetapan baru boleh disetkan supaya tiada nada dering telefon akan mengganggu pengguna ketika mesyuarat penting.

Memang banyak kemaskini atau update telah dilakukan pada model ini dan pastinya pengguna Blackberry tidak sabar mendapatkannya nanti .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates