Friday, May 30, 2014

Maxis Melancarkan Pelan Postpaid ONEplan


Maxis Malaysia melancarkan pelan postpaid atau pascabayar terbaru mereka yang dikenali sebagai ONEplan dan pelan ini dikatakan akan memenuhi segala kehendak pelanggan. 

Pelan terbaru ini secara asanya menawarkan lebih banyak tempoh panggilan dan SMS tanpa had selain Internet yang lebih baik.

Menurut Maxis lagi, secara puratanya setiap pelanggan akan menggunakan 1GB data sebulan dan lebih banyak panggilan dan SMS dihantar berbanding anggaran awal. 

Sebagai memenuhi permintaan ini, Maxis melancarkan pelan ONEplan ini yang menawarkan kadar panggilan dan SMS ‘tanpa had’ tanpa sebarang caj tambahan. 


Walaubagaimanapun, harus diingatkan disini adalah, maksud tanpa had ini adalah ‘3000 minit panggilan dan 3,000 sms sebulan’

Terdapat dua pelan yang ditawarkan melalui Pelan ONEPlan ini dan pelan ini akan menggantikan kesemua 19 pelan yang ditawarkan Maxis sebelum ini. Berikut adalah maklumat mengenai pelan tersebut.

Untuk maklumat lanjut , sila layari :

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates