Wednesday, May 28, 2014

LG G3 Dilancarkan Secara Rasmi


Smartphone pertama dengan Quad HD .

Berikut ialah antara spesifikasinya :

- 5.5-inci

- Skrin QHD ‘True HD-IPS+ LCD’ yang mempunyai kepadatan piksel 534ppi

- Prosesor Snapdragon 801 2.5Ghz

- Adreno 330 GPU

- Untuk model 16GB akan hadir dengan 2GB RAM manakal model 32GB akan hadir dengan 3GB


Untuk spesifikasi terperinci , FULL SPECS


LG G3 dengan bateri 3000mAh dan terdapat juga pilihan untuk pengecasan tanpa wayar namun dengan panel belakang yang berlainan. 

Menggunakan OS Android 4.4.2 KitKat dengan UI Optimus yang kini mempunyai banyak ciri-ciri baru .

LG G3 akan dilancarkan di Korea selatan minggu ini sebelum memasuki pasaran Eropah pada Jun 2014 .

Belum ada maklumat mengenai pelancarannya di pasaran Malaysia namun LG berjanji bahawa G3 akan dijual di Malaysia secepat mungkin .

Harga jualan masih belum diumumkan , tetapi harganya dianggarkan RM2399 , memandangkan hampir kesemua pengeluar telefon pintar utama menjual model utama mereka pada harga ini .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates